Powered By Blogger

Saturday, 27 February 2016

C.       TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT

a) Jiran tetangga                                                                          


Maksud Jiran Tetangga
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampong yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang membantu kita apabila menghadapi kesusahan nanti. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapt mewujudkan suasana harmoni.

PERANAN INDIVIDU TERHADAP JIRAN

v  MENGHULURKAN BANTUAN KETIKA KECEMASAN                                 

Jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran adalah orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau  yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekirannya mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang.


v  MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

Masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat. Jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripda berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keeadaan yang selamat.






v  MENGENALI ADAT KEBUDAYAAN KAUM LAIN

Mengenali adat kebudayaan kaum lain merupakan faedah hidup berjiran. Masayarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup hidup berjiran juga membolehkan kita menggenali adat budaya antara kaum.


v  MEMUPUK NILAI KERJASAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masayarakat negara ini. Nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama dapat memupuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan

v  AMALAN BERTEGUR SAPA                                                                          

Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk akrab sesame jiran. Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mnegeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila menziarahi mereka.


v  BUDAYA KUNJUNG MENGUNJUNG


 Kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami  oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa  jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun  pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala  kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu

v  SEMANGAT BERGOTONG-ROYONG                          
                                   

Kita hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. 




B) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.






                                                              logo orang kurang upaya


DEFINISI                                                                   

Menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) pada tahun 2008, definisi orang kurang upaya adalah "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat."


KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
SUKAN

Skim intensif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya telah ditubuhkan . Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan. Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGO bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Skim intensif membuat hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan Sukan Antarabangsa turut disediakan.


KEGIATAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuh dan tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan. Contohnya , Karnival Budaya Nusantara telah diikuti 25 peserta OKU dari beberapa daerah. Dinas Kebudayaan dan Pariwisata OKU Selatan melihat ajang perlombaan ini juga merupakan kesempatan baik untuk mempromosikan seni, budaya, serta pariwista di OKU Selatan.


KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun RM150.00 sebulan. Seterusnya , Bajet 2005 memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program PDK atau Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.



Kemudahan akses di bangunan awam

-Beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk menjanjikan dan memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan – kemudahan awam.

 Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya
Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.               
                      
                   Tempat letak kenderaan orang kurang upaya
                       
                         



                            Mesin ATM untuk orang kurang upaya


Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai

·        Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
·        Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
·        Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
·        Mulai 2005 pelepasan cukai diri ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.

·        Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil

Kemudahan Pengangkutan Awam

- Tambang konsensi
- MAS 50% penerbangan domestik
- KTM 50% bagi semua kelas
- LRT,KL Monorail 50%
- Rapid KL- tiada bayaran
-Transnasional 25%
-Kementerian pengangkutan / Syarikat prasarana negara



Pengecualian bayaran rawatan perubatan

-Orang kurang upaya dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan di hospital kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan .
Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
-Jabatan imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya

Kemudahan Peluang Pekerjaan

- Pekeliling perkhidmatan Bil 10/ 1988
- 1% peluang pekerjaan sektor awam
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
- Kementerian Sumber Malaysia / Jabatan Tenaga Kerja


Kemudahan Membeli Kereta & Motosikal Nasional


·        Melalui Bajet 2011 Kementerian Kewangan telah memberikanpengecualian 100% Duti Eksais ke atas sebuah kenderaan nasional (Termasuk motosikal) kepada Orang Kurang Upaya yangmempunyai jenis ketidakupayaan fizikal/pertuturan /pendengarantertentu. Pengecualian ini adalah untuk membantu meringankanbeban kewangan OKU yang ingin memiliki kenderaan bagi memudahkan pergerakan mereka. Pengecualian ini berkuatkuasamulai 18 Oktober 2010 dengan syarat - syarat seperti berikut :

Ø Pemohon Berdaftar dengan JKM
Ø Pemohon memiliki lesen memandu yang sah
Ø Kenderaan hendaklah dibeli daripada stok yang masih belum dibayar duti/cukainya;
Ø Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga tamat  tempoh 5 tahun kecuali dengan kebenaran bertulis daripada perbendaharaan; dan
Ø Pengecualian hanya diberikan bagi sebuah kenderaan dalam tempoh 5 tahun.
  
KEMUDAHAN ALAT GANTI ORANG KELAINAN UPAYA

Kerajaan memberi pengecualian duit import dan cukai jualan ke atas semua peralatan yan direka khas untuk kegunaan orang kelainan upaya

PENCEN TERBITAN


Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/ tanggungan penjawat awan yang menninggal dunia. Bagi semua anggota perkhidmatan awan yang mempunyai anak-anak kelainan upaya, kerajaan akan membenarkan mereka mengikut ‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan kebajikan.

KEMUDAHAN MENDAPAT LATIHAN DAN PEMULIHAN

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. (WHO) Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. 8 Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kelainan upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.


·         KELAYAKAN

                               I.            WARGA MALAYSIA
                            II.            SEMUA KATEGORI OKU YANG BERDAFTAR DENGAN JKM
                         III.            TAIAD HAD UMUR


INSTITUSI
BILANGAN
TAMAN SINAR HARAPAN
7
BENGKEL TERLINDUNG
2
PUSAT HARIAN BUKIT TUNKU
1
PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI
1
JUMLAH
11

KEMUDAHAN GERAN PELANCARAN

Tujuan :

· Untuk memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar
Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi
menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
·Memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk
berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka.

·Geran ini membolehkan Orang Kelainan Upaya melancarkan
rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha
sendiri.

Kelayakan :

• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
• Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sedang mendapat
   perkhidmatan dari Jabatan;
• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan kes – kes seliaan  akhlak;


· 
     Sumbangan kepada program-program oku

Jabatan mengagalakan penyertaan aktif dan sumbangan daripada swasta/korporat untuk memainkan peranan lebih besar dan positif kebajikan orang kelainan upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara

· KEMUDAHAN TELEKOM



Telekom Malaysia (TM) sediakan kemudahan kepada Orang Kelainan Upaya di bawah Pakej Penyayang seperti berikut :
Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon Kediaman sahaja.
Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan PanduanDirektori Telefon (103)
Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan Sama ada ”Panggilan Menunggu” atau ”Pemindahan Panggilan”
Pakej internet – RM 45 hingga RM 148 bergantung kepada kelajuanya

Contoh pakej internet untuk OKU
· TAKAFUL MALAYSIA BERHAD

Menyediakan Insuran (Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi :
      Kemalangan
      Kematian – urusan pengekebumian
      Keilatan Kekal (kelainan upaya/disability) akibat penyakit
      Keilatan Kekal akibat kemalangan
      Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan

Syarat-syarat permohonan:
·         Berdaftar dengan Jabatn Kebajikan Masyarakat
·         Berdaftar dengan mana – mana persatuan




WARGA EMAS


Definisi Warga Emas

Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.



Tanggungjawab Individu Terhadap Warga Emas

I.                   Didikan Awal


Warga tua merujuk ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara yang sudahberumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dannegara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang danjasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibumelahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Manakalabapa membanting tulang empat kerat mencari rezeki membesarkan anak-anak. Pengorbananibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibubapa kita ketika mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumahorang tua-tua. Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapaserta warga tua.Kita perlu memberi perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka kerana kasihibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.




II.                Peranan Kerajaan



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan golongan warga emas. Langkah ini penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut termasuk persediaan dan perancangan bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di Negara ini. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara. Justeru, selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan Negara. Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.




III.             Peranan Pihak Swasta

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara Dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara perlu menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara. Keanggotaan dalam Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara terdiri daripada wakil kementerian berkaitan, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta pakar dalam bidang berkaitan dengan warga emas. Majlis dipengerusikan oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis ini akan menerima laporan daripada Jawatankuasa Teknikal dan juga bertanggungjawab mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan Pelan Tindakan Warga Emas Negara. Urus setia kepada Majlis ini adalah Jabatan Kebajikan 
Masyarakat.


PENGAJARAN

·        Kita haruslah menghormati orang kurang upaya dan menerimanya sabagai seorang individu yang biasa.
·        Kita hendaklah hidup bersatu padu bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup
·        Kita wajarlah menghormati jiran tetangga kita supaya dapat bersatu padu dan berinteraksi antara satusama lain untuk memajukan negaran kita
·        Kita haruslah mempraktikkan hidup bermasyarakat bagi mengekalkan kedaulatan negara
·        Kita juga mestilah menghormati warga emas dan menjaganya kerana mereka adalah generasi lama yang telah memajukan negara kita
·        Kita hendaklah menghargai jasa orang kurang upaya kerana mereka ialah insan ciptaan tuhan yang mulia.  



RUJUKAN

(17 februari 2016 , 03.15 pm)

(19 Februari 2016, 02.14 pm)

(21 Februari 2016, 10.30 pm)

(25 Februari 2016, 05.13 pm)


(25 Februari 2016, 06.12 pm)


https://www.youtube.com/watch?v=I-qc3JIqFKM