C. TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP
MASYARAKAT
Maksud Jiran Tetangga
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah
kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan juga di belakang rumah kita. Jika kita
tinggal di satu taman atau di sebuah kampong yang sama, mereka akan dikenali
sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan
menjadi sahabat kita dan orang yang membantu kita apabila menghadapi kesusahan
nanti. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapt mewujudkan suasana
harmoni.
PERANAN
INDIVIDU TERHADAP JIRAN
v MENGHULURKAN
BANTUAN KETIKA KECEMASAN
Jiran yang baik akan membantu
jirannya yang menghadapi kesusahan. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran
adalah orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan.
Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan
sekirannya mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau
senang.
v MENJAGA
KEHARMONIAN MASYARAKAT
Masyarakat yang mempunyai semangat
kejiranan juga akan menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat. Jiran yang
baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripda berlaku kejadian
yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh
membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka
sentiasa berada dalam keeadaan yang selamat.
v MENGENALI
ADAT KEBUDAYAAN KAUM LAIN
Mengenali
adat kebudayaan kaum lain merupakan faedah hidup berjiran. Masayarakat Malaysia
ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum
lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, adat
resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini
boleh menggambarkan hidup hidup berjiran juga membolehkan kita menggenali adat
budaya antara kaum.
v MEMUPUK
NILAI KERJASAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Semangat
kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masayarakat negara
ini. Nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Nilai kerjasama dapat memupuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat.
Amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan
masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan
v AMALAN
BERTEGUR SAPA
Amalan
bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam
membentuk akrab sesame jiran. Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran
dapat mnegeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran. Kita akan lebih
mengenali jiran apabila menziarahi mereka.
v BUDAYA
KUNJUNG MENGUNJUNG
Kita mestilah menyemarakkan budaya
kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung
ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital
kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan
terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami
oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat
meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu
Kita hendaklah mengadakan
aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul
dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan
yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang
boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini,
kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
B) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Golongan
orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu,
mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti
anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan
juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan
OKU.
Menurut
Akta Orang Kurang Upaya (OKU) pada tahun 2008, definisi orang kurang upaya
adalah "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi
fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan
pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam
masyarakat."
KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN KEPADA
GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
SUKAN
Skim
intensif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya telah ditubuhkan . Satu
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses
tanpa halangan. Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan
sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGO bersama-sama
menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang
sukan dan riadah. Skim intensif membuat hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada
pemenang atlit-atlit di Kejohanan Sukan Antarabangsa turut disediakan.
KEGIATAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Satu
kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuh dan tabung juga dilancarkan bagi
memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan. Contohnya , Karnival
Budaya Nusantara telah diikuti 25 peserta OKU dari beberapa daerah. Dinas
Kebudayaan dan Pariwisata OKU Selatan melihat ajang perlombaan ini juga
merupakan kesempatan baik untuk mempromosikan seni, budaya, serta pariwista di
OKU Selatan.
KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Program
pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi
di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan
pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi
pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Bagi pelajar kurang upaya di
sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun RM150.00 sebulan. Seterusnya ,
Bajet 2005 memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanak-kanak
kurang upaya yang mengikuti program PDK atau Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan
Sukarela Kebajikan.
Kemudahan akses di bangunan awam
-Beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk
menjanjikan dan memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam
menggunakan kemudahan – kemudahan awam.
Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya
Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya
Penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah
SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan
Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam
1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di
mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang
upaya
Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan
yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai,
tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
Tempat
letak kenderaan orang kurang upaya
Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai
· Pelepasan cukai berganda kepada majikan
yang melatih dan mengambil pekerja OKU
· Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada
pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
· Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi
membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
· Mulai 2005 pelepasan cukai diri
ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000
kepada RM 3500.
· Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil
Kemudahan Pengangkutan Awam
- Tambang konsensi
- MAS 50% penerbangan domestik
- KTM 50% bagi semua kelas
- LRT,KL Monorail 50%
- Rapid KL- tiada bayaran
-Transnasional 25%
-Kementerian pengangkutan / Syarikat prasarana negara
Pengecualian bayaran rawatan perubatan
-Orang
kurang upaya dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan di hospital kerajaan
termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan .
Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
-Jabatan
imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses
dokumen perjalanan (passport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya
Kemudahan Peluang Pekerjaan
- Pekeliling perkhidmatan Bil 10/ 1988
- 1% peluang pekerjaan sektor awam
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
- Kementerian Sumber Malaysia / Jabatan Tenaga Kerja
- Pekeliling perkhidmatan Bil 10/ 1988
- 1% peluang pekerjaan sektor awam
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
- Kementerian Sumber Malaysia / Jabatan Tenaga Kerja
Kemudahan Membeli Kereta & Motosikal Nasional
·
Melalui Bajet 2011 Kementerian Kewangan
telah memberikanpengecualian 100% Duti Eksais ke atas sebuah kenderaan nasional
(Termasuk motosikal) kepada Orang Kurang Upaya yangmempunyai jenis
ketidakupayaan fizikal/pertuturan /pendengarantertentu. Pengecualian ini adalah
untuk membantu meringankanbeban kewangan OKU yang ingin memiliki kenderaan bagi
memudahkan pergerakan mereka. Pengecualian ini berkuatkuasamulai 18 Oktober
2010 dengan syarat - syarat seperti berikut :
Ø Pemohon
Berdaftar dengan JKM
Ø Pemohon
memiliki lesen memandu yang sah
Ø Kenderaan
hendaklah dibeli daripada stok yang masih belum dibayar duti/cukainya;
Ø Kenderaan
tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga tamat tempoh 5 tahun kecuali dengan kebenaran
bertulis daripada perbendaharaan; dan
Ø Pengecualian
hanya diberikan bagi sebuah kenderaan dalam tempoh 5 tahun.
KEMUDAHAN ALAT GANTI ORANG KELAINAN
UPAYA
Kerajaan memberi pengecualian duit import dan cukai
jualan ke atas semua peralatan yan direka khas untuk kegunaan orang kelainan
upaya
PENCEN TERBITAN
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan
kepada anak/ tanggungan penjawat awan yang menninggal dunia. Bagi semua anggota
perkhidmatan awan yang mempunyai anak-anak kelainan upaya, kerajaan akan
membenarkan mereka mengikut ‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan
kebajikan.
KEMUDAHAN MENDAPAT LATIHAN DAN PEMULIHAN
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau
"Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia. (WHO) Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat
secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai
dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. 8 Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala
Terengganu untuk melibatkan 55 orang kelainan upaya (OKU). Program PDK ini
berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan
dari masyarakat dari masa ke semasa.
·
KELAYAKAN
I.
WARGA MALAYSIA
II.
SEMUA KATEGORI OKU YANG
BERDAFTAR DENGAN JKM
III.
TAIAD HAD UMUR
INSTITUSI
|
BILANGAN
|
TAMAN
SINAR HARAPAN
|
7
|
BENGKEL
TERLINDUNG
|
2
|
PUSAT
HARIAN BUKIT TUNKU
|
1
|
PUSAT
LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI
|
1
|
JUMLAH
|
11
|
KEMUDAHAN GERAN PELANCARAN
Tujuan
:
·
Untuk memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar
Jabatan
yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi
menceburi
bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
·Memberi
galakan kepada penerima bantuan JKM untuk
berdikari
dan meningkatkan taraf hidup mereka.
·Geran
ini membolehkan Orang Kelainan Upaya melancarkan
rancangan
jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha
sendiri.
Kelayakan
:
• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
• Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sedang mendapat
perkhidmatan dari Jabatan;
• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan kes –
kes seliaan akhlak;
·
Sumbangan kepada program-program oku
Jabatan mengagalakan penyertaan aktif dan sumbangan
daripada swasta/korporat untuk memainkan peranan lebih besar dan positif
kebajikan orang kelainan upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke
arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan
Masyarakat Negara
·
KEMUDAHAN TELEKOM
Telekom Malaysia (TM) sediakan kemudahan kepada
Orang Kelainan Upaya di bawah Pakej Penyayang seperti berikut :
Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian
telefon Kediaman sahaja.
Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan
PanduanDirektori Telefon (103)
Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan
Tambahan Sama ada ”Panggilan Menunggu” atau ”Pemindahan Panggilan”
Pakej internet – RM 45 hingga RM 148 bergantung
kepada kelajuanya
Menyediakan Insuran (Perlindungan) bagi OKU yang
merangkumi Perlindungan bagi :
Kemalangan
Kematian
– urusan pengekebumian
Keilatan
Kekal (kelainan upaya/disability) akibat penyakit
Keilatan
Kekal akibat kemalangan
Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan:
·
Berdaftar dengan Jabatn Kebajikan Masyarakat
·
Berdaftar dengan mana – mana persatuan
WARGA
EMAS
Definisi
Warga Emas
Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun
ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World
Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
Tanggungjawab Individu Terhadap Warga Emas
I. Didikan Awal
Warga tua merujuk ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa
saudara atau ibu saudara yang sudahberumur. Mereka merupakan golongan yang
paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dannegara. Warga tua telah melalui
pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.Namun, pada hari ini,
warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang danjasa
mereka dilupakan oleh masyarakat. Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua.
Warga tua yang terdiri daripada ibumelahirkan zuriat dan berperanan mengurus
rumah tangga serta mendidik anak-anak. Manakalabapa membanting tulang empat
kerat mencari rezeki membesarkan anak-anak. Pengorbananibu bapa perlu diingati
serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibubapa
kita ketika mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka
ke rumahorang tua-tua. Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati
pelajar agar menghormati ibu bapaserta warga tua.Kita perlu memberi perhatian
dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan
sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka kerana kasihibu membawa ke
syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak
tidak mengabaikan warga tua tersebut.
II. Peranan Kerajaan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan
dan keperluan golongan warga emas. Langkah ini penting bagi meningkatkan
kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut termasuk persediaan dan
perancangan bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di Negara ini.
Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka
menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan
ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara. Justeru, selaras
dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan
Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan pada 5
Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga
emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan
potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong
untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan Negara. Matlamat Dasar
Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat
dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta
membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.
III.
Peranan Pihak Swasta
Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara Dan Pelan
Tindakan Warga Emas Negara perlu menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Majlis
Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara. Keanggotaan dalam Majlis Penasihat
Dan Perundingan Warga Emas Negara terdiri daripada wakil kementerian berkaitan,
pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta pakar dalam bidang berkaitan
dengan warga emas. Majlis dipengerusikan oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Majlis ini akan menerima laporan daripada Jawatankuasa
Teknikal dan juga bertanggungjawab mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan
Pelan Tindakan Warga Emas Negara. Urus setia kepada Majlis ini adalah Jabatan
Kebajikan
Masyarakat.
Masyarakat.
PENGAJARAN
·
Kita haruslah menghormati orang kurang
upaya dan menerimanya sabagai seorang individu yang biasa.
·
Kita hendaklah hidup bersatu padu bagi
mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup
·
Kita wajarlah menghormati jiran tetangga
kita supaya dapat bersatu padu dan berinteraksi antara satusama lain untuk
memajukan negaran kita
·
Kita haruslah mempraktikkan hidup
bermasyarakat bagi mengekalkan kedaulatan negara
·
Kita juga mestilah menghormati warga emas
dan menjaganya kerana mereka adalah generasi lama yang telah memajukan negara
kita
·
Kita hendaklah menghargai jasa orang
kurang upaya kerana mereka ialah insan ciptaan tuhan yang mulia.
RUJUKAN
(17 februari 2016 , 03.15 pm)
(19 Februari 2016, 02.14 pm)
(21 Februari 2016, 10.30 pm)
(25 Februari 2016, 05.13 pm)
5. http://www.echotuts.web.id/2015/08/macammacam-status-peranan-individu-dalam-interaksi-sosial.html
(25 Februari 2016, 06.12 pm)
https://www.youtube.com/watch?v=I-qc3JIqFKM
No comments:
Post a Comment